Friday 14 December 2012

KARANGAN - BIOGRAFI - IBU SAYA


Ibu adalah orang yang melahirkan kita ke dunia. Ibu mengasuh dan mendidik kita sejak kecil dengan penuh kasih sayang. Kasih ibu tiada batasannya dan tidak dapat dicari ganti. Ibu saya bernama Shadia binti Jimlok. Beliau berumur 32 tahun.

Ibu saya seorang yang sederhana, selalu berbaju kurung dan bertudung. Bagi saya, ibu adalah wanita yang cantik, bersopan-santun , dan periang. Ibu saya bekerja sebagai guru. Beliau berkelulusan Maktab Perguruan Keningau dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas.

Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, kehidupan seharian ibu amat sibuk. Pada setiap pagi, ibu akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan memasak untuk makan tengah hari nanti. Selepas bersarapan, saya dan ibu akan pergi ke sekolah bersama-sama. Pada waktu tengah hari, ibu akan menjemput saya di sekolah. Kemudian, kami akan makan bersama-sama. Pada waktu petang pula, ibu akan menghantar saya ke sekolah agama.

Pada hari minggu, ibu akan memasak lauk-pauk kegemaran kami sekeluarga. Selain itu, ibu saya pandai menjahit dan selalu menjahit pakaian saya. Ibu sentiasa meluangkan masa untuk membaca bersama-sama kami. Kami juga akan menonton televisyen bersama-sama. Saya sayang akan ibu dan berasa sangat gembira apabila melihat ibu tersenyum. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sunggah dan akan sentiasa membuatkan ibu gembira. Saya doakan semoga ibu berbahagia selalu.



No comments:

Post a Comment