Nota


Tatabahasa : Penjodoh Bilangan
Nota 
1.   Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan
      kata bilangan.
2.   Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda
      mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
3.  Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta
     penggunaannya.

Penjodoh Bilangan
Penggunaan
baris
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya
batang
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya
biji
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya
cucuk
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya
das
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam
ekor
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya
gugus
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya
ikat
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya
jambak
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya
keping
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya
ketul
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya
laras
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya
lembar
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya
pasang
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya
sikat
Untuk pisang
ulas
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya
utas
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya



Tip
Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan:

1.      (a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi
                 peraturan  yang telah ditetapkan.  (salah)
           (b) Setiap peserta dikehendaki mematuhi
                peraturan  yang  telah ditetapkan. (betul) 
         
          Penjelasan :  Ada kalanya penjodoh bilangan tidak
          digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

     2.  (a)  Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat
                yang bernas. (salah)
          (b)  Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang
                bernas.  (betul)

         Penjelasan :  Penjodoh bilangan tidak diperlukan
         untuk menghitung kata nama abstrak.


     3.   (a)  Ayu memetik sejambak bunga lalu disematkan
                 di rambutnya. (salah)
(b)     Ayu memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. (betul)

           Penjelasan :  Penjodoh bilangan perlu digunakan
           bersesuaian dengan konteks ayat.




________________________________________________
Bentuk Awalan ter-
1. Ada tiga jenis awalan ter-, iaitu:
   (a)
ter- tak transitif
   (b)
ter- adjektif
   (c)
ter- pasif

2. Awalan
ter- sekeluarga dengan awalan te- dan tel-.

3. Awalan
ter- dapat berubah menjadi te-, atau   tel-, atau tetap ter- seperti yang berikut:
   Awalan
                keterangan
                   contoh
te-
(a) apabila bertemu dengan kata yang   bermula dengan huruf r
(b) apabila bertemu dengan kata yang suku pertamanya berakhir dengan er
te.rasa, te.rendam,
te.ringkas,  te.rupa
te.percik, te.perlus,te.perdaya, te.sergam,
te.serkup, te.serlah
tel-
apabila bertemu dengan kata anjur
tel.anjur
ter-
apabila bertemu dengan kata yang bermula dengan huruf yang lain daripada huruf  r
ter.cengang, ter.nganga,ter.senyum
Makna Awalan ter-
Awalan ter- mempunyai beberapa makna, iaitu:
(a) tidak sengaja men... atau di....
     terambil  =  tidak sengaja mengambil atau diambil
     terpijak  =   tidak sengaja memijak atau dipijak

(b)
paling....
     terbaik  =    paling baik
     tertinggi  =  paling tinggi
(c) keupayaan (dapat di....)
     terangkat  =  dapat diangkat
     terdaki  =  dapat didaki
contoh ayat:

1. Dia
  tertelan tulang ikan semasa memakan nasi semalam .
2. Rubiah
terpijak ekor kucingnya .
3. Orang tua itu tidak
terpanjat tangga - tangga itu .
4. Fuad 
terangkat kotak - kotak yang besar itu .
5. Hua Eng ialah pelajar yang
terpandai di dalam kelasnya .
6. Bangunan itulah yang
tertinggi di bandar ini .
___________________________________________________

Bentuk Apitan ke...an
1.Kata berapitan ke...an dapat dibentuk dengan memberikan awalan ke- dan
   akhiran -an pada kata dasarnya.
2.Apitah ke...an tidak berubah bentuknya apabila diimbuhkan pada kata dasar.
Makna Apitan ke...an
Apitan ke...anmempunyai beberapa makna,iaitu:
(a)tempat...bertugas atao daerah...
    kedutaan =tempat duta bertugas
    kerajaan =daerah raja

(b)hal tentang sesuatu
    keagamaan =hal tentang agama
    kehakiman =hal tentang hakim

(c)keadaan atau sifat...
    kebaikan =keadaan atau sifat baik
    kecantikan =keadaan atau sifat cantik

(d)sesuatu atau seseorang yang di...kan...
    keinginan =sesuatu yang diinginkan
    ketetapan =sesuatu yang ditetapkan

(e)tempat yang di...i
    kediaman =tempat yang didiami
    kedudukan =tempat yang diduduki

(f)perihal...
   kedatangan =perihal datang
   kepergian =perihal pergi
`
contoh ayat:
1.Anak kesayangan Mak Minah akan berlepas ke England untuk melanjutkan pelajarannya.
2.Kita janganlah menghina kebodohan orang lain.
3.Musafir itu meminta air kerana dia kedahagaan.
4.Walaupun sudah berumur dua puluh tahun,  kadang-kadang Ismail berkelakuan keanak-anakan apabila kehendaknya tidak dikabulkan oleh ibunya
.
_________________________________________________


Bentuk Awalan men
1. Bentuk men- sekeluarga dengan awalan me-, mem-, meng-, dan menge-.
2. Awalan men- dapat berubah menjadi me-, mem-, meng-, menge-, atau

    tetap men- seperti yang berikut:  
Awalan
Keterangan
Contoh
me-
(a) apabila bertemu dengan kata-kata yang
     bermula dengan huruf  l, m, n, ng, ny, r,
     dan w.
(b) apabila bertemu dengan kata-kata yang
      bermula dengan huruf  K, S, P, dan T,
      tetapi huruf K akan bertukar menjadi
      jadi m, dan  T  menjadi  n.
me.lukis, me.masak,
me.nanti, me.nganga,
me.nyala, me.radang, dan me.wangi
men + Kenal = me.ngenal
men + Suruh = me.nyuruh
men + Pandu = me.mandu
men + Tulis = me.nulis
mem-
     apabila bertemu dengan kata-kata yang
     bermula dengan huruf  b  dan  f.
mem.beli, mem.buru,
mem.fitnah
men-
     apabila bertemu dengan kata-kata yang
     bermula dengan huruf c, d, dan j.
men.cari, men.dapat,
men.jadi, men.jalar
meng-
     apabila bertemu dengan kata-kata yang
     bermula dengan huruf a, e, i, o, u, g, dan
     h.
meng.asah, meng.embun,
meng.elak, meng.ikut,
meng.olah, meng.ubah,
meng.gosok, meng.hasut
Awalan
                   Keterangan
Contoh
meng-
     apabila bertemu dengan kata-kata yang
     terdiri daripada satu suku kata saja.
menge.bom, menge.cat,
menge.lap

Makna Awalan men-
Awalan men- mempunyai beberapa makna,iaitu:

(a) melakukan perbuatan....
     membantu = melakukan perbuatan bantu
     mengambil = melakukan perbuatan ambil


(b) menjadi seperti....
     membatu = menjadi seperti batu
     menikus  = menjadi seperti tikus

(c) pergi ke....
     menyeberang = pergi ke seberang
     mendarat       = pergi ke darat

(d) memasang... di / pada...
     memagar  = memasang pagar di...
     mengalas  = memasang alas pada....

(e) menjadi...
     menguning = menjadi kuning
     membesar = menjadi besar

(f) melakukan kerja dengan menggunakan....
    mencangkul = melakukan kerja dengan menggunakan cangkul
    mengetam   = melakukan kerja dengan menggunakan ketam

(g) membuat...
     melemang = membuat lemang
     menyambal = membuat sambal

(h) mengeluarkan bunyi...
     mengaum = mengeluarkan bunyi "aum"
     mengiau   = mengeluarkan bunyi "iau"
__________________________________________________


Bentuk Awalan ber-


1.Bentuk ber- sekeluarga dengan awalan be- dan bel-.
2.Awalan ber- dapat berubah menjadi be-, atau bel, atau tetap ber- seperti yang berikut.
Awalan
Keterangan
Contoh
be-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf r atau suku kata pertamanya berakhir dengan er
be.rasa, be.roda
be.rumah, be.kerja
dan be.serta
bel-
Apabila bertemu dengan kata-kata ajar dan unjur
bel.ajar, bel.unjur
ber-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang lain daripada yang tersebut di atas
ber.ayah,ber.bentuk,
ber.gaduh, ber.kepak, dan
ber.tenaga
Makna Awalan ber-

Awalan
ber- mempunyai beberapa makna, iaitu:
(a)
mempunyai....
     berayah = mempunyai ayah
     beribu   = mempunyai ibu

(b)
memakai....
     berbaju = memakai baju
     berkasut = memakai kasut

(c)
menaiki atau menunggang....
     berkereta = menaiki kereta
     berbasikal = menunggang basikal

(d)
menggunakan....
     berpayung = menggunakan payung
     bertungkat = menggunakan tongkat

(e)
mengeluarkan atau menghasilkan....
     berbunga = mengeluarkan bunga
     bertelur = menghasilkan telur

(f)
mengusahakan....
    bersawah = mengusahakan sawah
    berkedai = mengusahakan kedai

(g)
mengucapkan....
     berdoa = mengucapkan doa
     berjanji = mengucapkan janji

(h)
menunjukkan sikap....
     berkasar = menunjukkan sikap kasar
     berlembut = menunjukkan sikap lembut

(i)
dalam keadaan....
    bergembira = dalam keadaan gembira
    berduka = dalam keadaan duka

(j)
melakukan perbuatan pada diri sendiri....
    bercukur = mencukur diri sendiri
    bersembunyi = menyembunyikan diri sendiri


(k)
ada sesuatunya
     berbahaya = ada bahayanya
     berduri = ada durinya

(l)
berlaku atau bekerja sebagai....
    berdukun = berlaku sebagai dukun
    berguru = bekerja sebagai guru 
_________________________________________________



Bentuk Amalan pen-
1. Awalan pen- sekeluarga dengan amalan pe-, pem-, peng-, dan penge-. Ini menunjukkan bahawa awalan pen-, pe-, pem-, peng-, dan penge- ada hubungannya dengan awalan men-, me-, mem-, meng-, dan menge-.

2.Awalan pen- dapat berubah menjadi pe-, pem-, peng-, dan penge- atau tetap pen- seperti yang berikut:
Awalan
Keterangan
Contoh
pe-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf l,m,n,ny,r,dan w.
pe.lancong, pe.menang,
pe.nasihat, pe.nyanyi,
pe.rompak, pe.warna
pem-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf b dan f.
pem.basmi, pem.buru,
pem.fitnah
peng-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, g, h, dan kh.
peng.arah,peng.edar,
peng.hibur, peng.ikut,
peng.oleh, peng.ulas,
peng.gali, peng.khianat
penge-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata.
penge.bom, penge.cat,
dan penge.lap
pen-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z.
pen.curi, pen.datang,
pen.jamin, pen.syarah,
dan pen.ziarah

Makna Awalan pen-
Awalan pen- mempunyai beberapa makna,iaitu:
(a) orang yang men...
     pembunuh = orang yang membunuh
     pengarang = orang yang mengarang

(b) orang yang suka atau selalu....   
     pendiam = orang yang suka/selalu diam  
     penidur = orang yang suka/selalu tidur

(c)orang yang bersifat....
     peramah = orang yang bersifat ramah
     penakut = orang yang bersifat takut

(d)alat atau sesuatu yang digunakan untuk men....
    pembakar = alat untuk membakar
    pemukul = alat untuk memukul

(e)sesuatu yang menyebabkan jadi....
    pengdingin = sesuatu yang menyebabkan jadi dingin
    pengasih = sesuatu yang menyebabkan jadi kasih

2 comments:

  1. nota ini memang berguna kepada murid-murid, berusaha lagi

    ReplyDelete
  2. nota ini memang berguna kepada murid-murid

    ReplyDelete