Latihan


Latihan Penjodoh Bilangan
Pilih jawapan yang paling betul.
1Ayah membawa dua( ) joran untuk memancing di sungai itu.
A bentuk
B urat
C batang
D utas

2. Pekerja-pekerja itu mengecat lapan( ) tiang rumah itu dengan warna kuning.
A bidang
B gulung
C biji
D batang

3. Siew Jin menggunakan se( ) benang untuk menjahit beberapa helai baju.
A bais
B buku
C kaki
D helai

4. Puan Yong menggunakan se( ) kertas untuk mencatat barang- barang
keperluan anak-anaknya.
A Helai
B timbun
C pasukan
D buku

5. Dua ( ) tiang lampu dihempap pokok semalam.
A kuntum
B batang
C papan
D longgok

6. Pak Osman menggunakan sepuluh ( ) kawat duri untuk memagari kebunnya.
A rawan
B gelung
C ketul
D rangkap


7. Tong Lam membaling bebeapa ( ) pasir ke dalam sungai.
A rumpun
B genggam
C patah
D butir

8. Lengan baju pegawai itu terkena beberapa ( ) dakwat merah.
A titik
B potong
C ruas
D bentuk

9. Pemburu itu menggunakan beberapa ( ) peluru untuk menembak rusa.
A laras
B das
C bilah
D butir

10. Petani itu memberikan sepuluh ( ) jagung kepada kami.
A tongkol
B biji
C baris
D ruas

                 Selamat menjawab !
______________________________________

Isi tempat kosong yang berikut dengan kata yang sesuai.
1. Keindahan di pulau itu tidak _____________ oleh kata -kata .
    A . tergambar
    B . tergambarkan
    C . menggambarkan
    D . bergambar

2. Rancangan kami untuk berkelah _____________ kerana hujan lebat .
    A . menggendalakan
    B . tergendala
    C . gendala
    D . kegendalaan

3 . Perkara itu ____________ kepada tuan untuk menyelesaikannya .
     A .   menyerah
     B . menyerahkan
     C .  terserah
     D . penyerahan

  4 . Semangatnya tidak ____________ oleh ejekan mereka .
       A . berpatah
       B  . terpatahkan
       C .  mematahkan
       D .  dipatahkan

   5 . Masalah yang mudah itu pun tidak ___________ oleh mereka .
        A . mengatasi
        B . diatasikan
        C . diatasi
        D . teratasi

   6 . Tidak ___________ bagaimana takutnya saya pada masa itu .
        A . terbayangi
        B . dibayangi
        C . membayangi
        D . terbayangkan

   7 . Bayi itu ____________ dari tidurnya dan terus menangis .
        A . membangun
        B . terbangun
        C . membangunkan
        D . terbangunkan

   8 . Tanggungjawab yang berat itu tak _____________ olehnya .
        A . terpikul
        B . dipikul
        C . memikul
        D .dipikulkan

    9 . Saya tidak percaya akan kata - katanya kerana janji - janjinya tak ____________ .
         A . memenuhi
         B . memenuhkan
         C . terpenuhkan
         D . terpenuhi

   10 . Dengan pisau ________________ , dia menyerang musuhnya .
          A . menghunus
          B . terhunus
          C . dihunus
          D . menghunuskan

___________________________________________________


Isilah tempat-tempat kosong di bawah ini dengan kata yang sesuai.

1.Tempat menteri bertugas disebut_______.

2.Dia meminati bidang______.

3.Lagu ______kita ialah "Negaraku".

4.Ismail murid yang jujur.______nya patut dijadikan contoh.

5.______nya pada waktu lapang ialah membaca.

6.Pihak polis memuji______pelajar itu.

7.kucing______saya dilanggar kereta semalam.

8.Bangunan KOMTAR menjadi ______penduduk.

9.Salah seorang sultan pada zaman______Melaka ialah Sultan Muzaffar Shah.

10.______orang-orang kampung itu tidak dapat kami lupakan.  

kebaikan  kebanggaan kebangsaan  keberanian  kegemaran   kehakiman  kejujuran  kementerian  kesayangan  kesultanan

___________________________________________


Pilih kata kerja transitif yang sesuai.

1. Encik Wong ___________ perahunya yang bocor.
    A. memahat                    
    B. membina
    C. menampal
    D. menjahit

2. Anggota polis berjaya __________ sekumpulan pemuda yang sedang

    menagih dadah.
    A. memegang
    B. memandang
    C.melawan
    D. memberkas

3. Pekerja pelabuhan itu sedang ___________ seguni beras.
    A. menggalas
    B. memikul
    C. menjinjing
    D. menjunjung

4. Ibu __________ meja dengan sehelai kain.
    A. membasuh
    B. mengalas
    C. membuat
    D. membina

5. Budak nakal itu __________ sahaja apabila dimarahi ayahnya.
    A. membantu
    B. menangis
    C. menanti
    D. melawan

6. Kita mestilah saling ___________ antara satu sama lain.
    A. menghormati
    B. memuji
    C. menggubah
    D. menjerang

7. Pelancong-pelancong asing suka ____________ pemandangan tepi pantai

    yang indah.
    A. menikmati
    B. menjerang
    C. membantah
    D. menyiapkan

8. Kamal tidak terus pulang , tetapi ___________ ke rumah kawannya.
   A. melaut
   B. menyimpang
   C. memerah
   D. menguncup

9. Abang Zul sedang sibuk ___________ rumah barunya itu.
    A. mencuram
    B. mengatap
    C. menjerat
    D. mengiau

10. Tiap-tiap hari, orang tua itu masuk ke hutan untuk ____________ .
     A. mendamar
     B. menyudu
     C. menyemak
     D. memungut 



_______________________________________



Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.

1. Pokok mangga yang ditanam di belakang rumah Pak Seman _________ merah.

2. Salimah _________ di atas katilnya sambil membaca surat khabar.

3. Puan Nooraini _________ kebaya ke majlis perkhawinan anak perempuan Datuk Anwar.

4. Penyanyi yang _________ merdu itu berjaya memikat hati ribuan penonton yang menyaksikan       persembahan di Stadium Negara.

5. Nenek Halijah _________ kepada cucu-cucunya hingga larut malam.

6. Kami _________ telah terpilih sebagai wakil sekolah dalam pertandingan perbahasan peringatan      sekolah-sekolah.

7. Encik Shamsuddin melarang anaknya memetik pokok mawar yang baru _________ itu.

8. Tiap-tiap hari Johari _________ ke kebun getahnya yang terletak di hujung kampung.

9.Seluar pendeknya yang koyak itu belum _________ .

10.Kedua-dua orang adik-beradik itu asyik _________ seperti anjing dengan kucing.     
  
bersuara
berdaun
berbunga
berbasikal
bertiga
berjahit
berbaju
berbaring
berkelahi
bercerita


___________________________________


Masukkan imbuhan beR- pada perkataan yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, tuliskan semula ayat-ayat itu dalam kurangan yang disediakan.

1. Pesakit itu tidak dibenarkan memakan makanan yang minyak dan pedas.
    __________________________________________


2. Adik lari-lari anak apabila melihat ayah dan ibu pulang dari pasar raya.
    __________________________________________


3. Apabila saya pulang dari kerja, pinggan mangkuk itu belum basuh.
    __________________________________________


4. Orang ramai digalakkan kebun sayur di belakang rumah masing-masing untuk menjimatkan  
    perbelanjaan harian.
    _____________________________________________
    ______________________________________________


5. Kelmarin, angsa Pak Cik Lailin telur di bawah rumah Tuk Penghulu Hamad.
    _______________________________________________


6. Kami empat pergi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Melaysia di Stadium
    Shah Alam.
    ________________________________________________
    ________________________________________________


7. " Berikan kuih ini kepada budak yang baju biru itu," kata Rafidah kepada Filza.
    ________________________________________________


8. Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, mangsa berkenaan sudah tidak nafas lagi.
    ________________________________________________


9.Para penonton tepuk tangan apabila ahli silap mata itu muncul di atas pentas.
   ________________________________________________


10.Mereka dua berkawan baik semenjak menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia lagi.
    _______________________________________________


____________________________________________


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1. Orang tua itu terpaksa bekerja sebagai ____________________ sampah kerana dia tidak mempunyai kelulusan akademik.


2. Ibu menggunakan ____________________ teh untuk mengasingkan serbuk teh.


3. _____________________ itu telah ditangkap polis.


4. Lamin yang _________________ itu tidur sepanjang hari sedangkan orang lain sibuk bekerja.


5. Pak Amin menajamkan parang itu dengan menggunakan ________________.


6. Si ________________ itu tidak mempedulikan sampah sarap di sekeliling rumahnya.


7. __________________ syarikat itu ditangkap polis kerana menerima rasuah.


8. Ubat itu tidak boleh digunakan sebangai ____________________.


9. Anda perlu berhati-hati apabila bercakap dengan Cikgu Loh kerana dia __________________.


10. _________________ diminta supaya jangan menghisap rokok di dalam bilik yang berhawa dingin.

pencuri
pengotor
penidur
penyapu
pemarah
pembasmi
penapis
perokok-perokok
pengurus
pengasah


_____________________________________________________


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1) Pak Cik Zamri menggunakan___________untuk menggemburkan tanah di kebun sayurnya.
A. pencangkuk
B. penggembur
C. pengait
D. pengail


2) Encik Marzuki telah mengupah seorang___________yang mahir untuk menghias pelamin anak    perempuannya.
A. penyambut
B. penghias
C. pemimpin
D. penghidang


3) Anak-anak ayam yang baru menetas itu besarnya se_____________sahaja.
A. penumbuk
B. pemukul
C. pengeram
D. pemeluk


4)____________Sekolah Menengah Hamzah mengadakan majlis perpisahan di dewan sekolah sempena pesaraan beliau dalam bidang penguruan.
A. Penulis
B. Pensyarah
C. Pengetua
D. Pengarang


5) Pada bulan puasa, raamai_____________menjual pelbagai jenis lauk dan kuih untuk hidangan berbuka puasa.
A. pembeli
B. peniaga
C. penipu
D. pelakon


6) Azlan mengambil buah rambutan yang sedang masak ranum itu dengan menggunakan ___________buluh.
A. penjaring
B. pengait
C. pemukul
D. penggali


7) Pesakit yang menghidap___________lemah jantung itu dinasihatkan oleh doktor supaya tidak mengambil makanan yang berlemak.
A. pembalut
B. pesakit
C. penapis
D. penyakit


8) Sikapnya yang terlalu_____________itu menyebabkan dia merasakan dirinya tidak ubah seperti kera sumbang.
A. pendiam
B. peramah
C. penyedih
D. periang


9) Peniaga itu menggunakan______________untuk menimbang barang-barang jualannya.
A. penggelak
B. penimbang
C. penyukat
D. penuras


10) Mazlin bercita-cita menjadi seorang_______________yang dedikasi dan bertanggungjawab untuk melahirkan generasi muda yang berwawasan dan beraklak tinggi.
A. pendidik
B. penyair
C. pemuzik
D. pemain    


_________________________________________



No comments:

Post a Comment