Sunday, 9 December 2012

SIMPULAN BAHASA


1. Cabut nyawa
Rasa seperti kehabisan nyawa atau hendak mati

2. Cacing Kepanasan
Gelisah

3. Cahaya Mata
Anak

4. Cahaya hati
Hidayah

5. Cakar Ayam
Tulisan yang tidak dapat dibaca

6. Campur Tangan
Mencampuri dalam urusan orang lain

7.Cangkul Angin
Melakukan kerja yang sia-sia

8. Cari Jalan
Berusaha untuk mencapai sesuatu tujuan

9.Cepat Tangan
Suka mencuri

10. Cuci Tangan
Tidak mahu bertanggungjawab atau terlibat dalam sesuatu perkara atau hal orang lain


Saturday, 8 December 2012

SIMPULAN BAHASA


1. Bahasa Pasar
Bahasa yang tidak menggunakan tatabahasa dan struktur ayat yang betul

2. Baik Sangka
Mempunyai tanggapan yang baik terhadap seseorang

3. Balik Gagang
Balik ke tempat asal

4. Bangkai Bernyawa
Orang yang terlalu kurus kering dan tidak bermaya

5. Banyak Mulut
Suka bercakap banyak atau suka berletar

6. Batu Api
Orang yang suka menghasut supaya kedua-dua belah pihak bergaduh atau bermusuhan

7. Bau-bau bacang
Hubungan atau pertalian keluarga yang jauh

8.Bawa ke tengah
Mengemukakan sesuatu perkara kepada pihak tertentu untuk dibincangkan dan diambil
tindakan

9. Bawah angin
Negara-negara di sebelah timur dunia

10.Berat Sebelah
Tidak berlaku adil dalam sesuatu hukuman


Friday, 7 December 2012

SIMPULAN BAHASA


1. Ada akal
Cerdik dan boleh berfikir

2. Ada bakat
Mempunyai kebolehan semula jadi

3. Ada jalan
Mempunyai peluang atau harapan

4. Air muka
Rupa paras seseorang

5. Akal kancil
Cerdik dalam membuat helah

6. Alas cakap
Ucapan pendahuluan dalam sesuatu majlis

7. Alas perut
Makan sedikit sekadar menahan lapar

8. Alim kucing
Berpura-pura baik di hadapan orang

9. Ambil berat
Mengambil tahu atau prihatin tentang sesuatu perkara atau seseorang

10. Ambil angin
Melapangkan masa pergi ke sesuatu tempat untuk bersiar-siar atau berehat


Thursday, 6 December 2012

SINONIM DAN ANTONIM


1. Perkataan – edar
Sinonim – keliling
Antonim – tetap

2. Perkataan – elit
Sinonim – kenamaan
Antonim –bawahan
3. Perkataan – elok
Sinonim – bagus
Antonim - buruk

4. Perkataan – emak
Sinonim – ibu
Antonim –bapa

5. Perkataan – empuk
Sinonim – lembut
Antonim –keras

6. Perkataan – endah
Sinonim – acuh
Antonim –benci


7. Perkataan – enggan
Sinonim – malas
Antonim –setuju

8. Perkataan – engkau
Sinonim – anda
Antonim –aku

9. Perkataan – esa
Sinonim – satu
Antonim –banyak

10. Perkataan – esak
Sinonim – sedu-sedan
Antonim –ketawa


Wednesday, 5 December 2012

SINONIM DAN ANTONIM


1. Perkataan – abadi
Sinonim – kekal
Antonim – sementara

2. Perkataan – abah
Sinonim – ayah
Antonim –emak
3. Perkataan – abai
Sinonim – cuai
Antonim – simpati

4. Perkataan – abdi
Sinonim – hamba
Antonim –tuan

5. Perkataan – abnormal
Sinonim – tak normal
Antonim –normal

6. Perkataan – abu
Sinonim – habuk
Antonim –bongkah


7. Perkataan – acah
Sinonim – ganggu
Antonim –serins

8. Perkataan – acap
Sinonim – sering
Antonim –sesekali

9. Perkataan – acuh
Sinonim – suka
Antonim –benci

10. Perkataan – ada
Sinonim – wujud
Antonim –tiada


Monday, 3 December 2012

SINONIM DAN ANTONIM


1. Perkataan – dahaga
Sinonim – haus
Antonim – puas

2. Perkataan – dahulu
Sinonim – lampau
Antonim –sekarang

3. Perkataan – daif
Sinonim – miskin
Antonim - kaya

4. Perkataan – daku
Sinonim – saya
Antonim –kamu

5. Perkataan – daif
Sinonim – papa
Antonim –kaya-raya

6. Perkataan – dalam
Sinonim –di tengah
Antonim –luar

7. Perkataan – damai
Sinonim – bahagia
Antonim –kacau-bilau

8. Perkataan – dan
Sinonim – dengan
Antonim –melainkan

9. Perkataan – dara
Sinonim – perawan
Antonim –jejak

10. Perkataan – darat
Sinonim – bumi
Antonim –angkasa



Sunday, 2 December 2012

SINONIM DAN ANTONIM


1. Perkataan – cabang
Sinonim – ranting
Antonim – pokok

2. Perkataan – cabik
Sinonim – sopek
Antonim –paut
3. Perkataan – cabut
Sinonim – hunus
Antonim - sarung

4. Perkataan – cacat
Sinonim – rosak
Antonim –baik

5. Perkataan – caci
Sinonim – hina
Antonim –puji

6. Perkataan – cahaya
Sinonim – nur
Antonim –malap


7. Perkataan – cakap
Sinonim – kata
Antonim –bisu

8. Perkataan – campak
Sinonim – baling
Antonim –ambil

9. Perkataan – campur
Sinonim – gaul
Antonim –lerai

10. Perkataan – canggih
Sinonim – termoden
Antonim –kuno