Saturday, 15 December 2012

KARANGAN - LAPORAN - LAWATAN KE PULAU PINANG


KARANGAN JENIS LAPORAN

Persatuan Sains sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi. Tuliskan laporan mengenainya.

LAPORAN LAWATAN KE PULAU LANGKAWI

Pada 29 Mei 2012, Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Lawatan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam. Seramai 35 orang murid dan 5 orang guru telah menyertai lawatan ini.
Rombongan telah tiba di jeti Kuala Perlis jam 9:00 pagi. Kami menaiki feri. Kami sampai di hotel Hilton tepat jam 12:00 tengah hari. Pihak hotel telah menyambut kehadiran kami dengan tangan terbuka. Jamuan tengah hari telah disediakan oleh pihak hotel.
Pada hari kedua, kami telah menaiki bas persiaran melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah. Tempat tersebut ialah Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Telaga Tujuh, Akurium, Tasik Dayang Bunting, Taman Buaya dan Pantai Rhu. Pada lewat petang barulah kami pulang ke hotel.
Pada sebelah malamnya, kami menikmati makanan, kami menikmati makan malam secara buffet. Pelbagai jenis makanan laut disediakan pihak hotal. Antaranya sotong, ikan,udang dan lain-lain lagi. Rasanya sunguh sedap dan lazat.
Lawatan hari ketiga lebih menarik lagi.Kami berpeluang menaiki kereta kebal ke puncak gunung. Pemandangannya cukup menarik. Seterusnya kami dapat menyelam untuk menikmati keindahan hidupan laut di dasar laut. Pengalaman ini sangat beharga dan akan dijadikan kenangan dalam hidup kami.
Pada hari terakahir, kami pergi membeli-belah di kedai bebas cukai. Sebelum bertolak pulang, kami telah bergambar kenangan di Dataran Helang. Kami tiba di sekolah dengan gembira. Walaupun keletihan, namun kepuasan jelas terbayang pada wajah ahli Persatuan Sains.

Laporan disediakan oleh, 2 Jun 2012
Susan
(LAU SUSAN)
Setiausaha Persatuan Sains
Sjk ( C ) Liman, Liman Kati .


Friday, 14 December 2012

KARANGAN - BIOGRAFI - IBU SAYA


Ibu adalah orang yang melahirkan kita ke dunia. Ibu mengasuh dan mendidik kita sejak kecil dengan penuh kasih sayang. Kasih ibu tiada batasannya dan tidak dapat dicari ganti. Ibu saya bernama Shadia binti Jimlok. Beliau berumur 32 tahun.

Ibu saya seorang yang sederhana, selalu berbaju kurung dan bertudung. Bagi saya, ibu adalah wanita yang cantik, bersopan-santun , dan periang. Ibu saya bekerja sebagai guru. Beliau berkelulusan Maktab Perguruan Keningau dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas.

Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, kehidupan seharian ibu amat sibuk. Pada setiap pagi, ibu akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan memasak untuk makan tengah hari nanti. Selepas bersarapan, saya dan ibu akan pergi ke sekolah bersama-sama. Pada waktu tengah hari, ibu akan menjemput saya di sekolah. Kemudian, kami akan makan bersama-sama. Pada waktu petang pula, ibu akan menghantar saya ke sekolah agama.

Pada hari minggu, ibu akan memasak lauk-pauk kegemaran kami sekeluarga. Selain itu, ibu saya pandai menjahit dan selalu menjahit pakaian saya. Ibu sentiasa meluangkan masa untuk membaca bersama-sama kami. Kami juga akan menonton televisyen bersama-sama. Saya sayang akan ibu dan berasa sangat gembira apabila melihat ibu tersenyum. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sunggah dan akan sentiasa membuatkan ibu gembira. Saya doakan semoga ibu berbahagia selalu.



Thursday, 13 December 2012

KARANGAN - AUTOBIOGRAFI - AKU SEEKOR KUCING


Tuliskan sebuah karangan bertajuk ‘AKU SEEKOR KUCING.’

AKU SEEKOR KUCING

Aku seekor kucing yang berbulu tebal. Aku berasal dari negara Jepun. Badanku berwarna kuning kebiru-biruan. Aku adalah sepsis kucing yang disukai ramai. Kecantikan dan kehebatanku telah terkenal di seluruh dunia.
Aku telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan dari Malaysia. Dia telah membeliku untuk dihadiahkan kepada anaknya yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-12. Tuanku bernama Eryana.
Eryana sangat ,menyayangiku. Setiap kali aku dibelai dan dijaga dengan rapi. Aku umpama “insan istimewa” buat Eryana. Aku telah dinamakan sebagai manja. Namaku Manja kerana tuanku sering memanjakanku. Semua ahli keluarga Eryana sangat mengambil berat akan diriku.
Aku dimandikan setiap pagi. Selepas itu, aku diberi makan Friskies dan makanan tambahan yang lain. Pada waktu tengah hari, aku akan menunggu kepulangan tuanku dari sekolah. Aku ditimang seperti anak kecil. Gembiranya hatiku hanya tuhan sahaja yang tahu.
Pada suatu hari, Eryana membawa aku ke taman untuk bersiar-siar dan beriadah. Tiba-tiba datang seekor anjing gila menyerangku. Aku terkejut dan tergamam dengan kejadian itu. Badanku mengalami calar-balar dan luka hampir ke seluruh badan.
Tuanku mengejarkanku ke klinik haiwan. Aku telah disahkan dijangkiti penyakit. Keadaan ini menyebabkan aku mula dilupakan. Tuanku menjauhkan diri daripadaku. Apalah nasibku ini. Sudah jatuh ditimpa tangga.


Wednesday, 12 December 2012

SIMPULAN BAHASA


1. Gaji Buta          
Menerima upah dan gaji tanpa bekerja

2. Ganti Rugi
Memberi wang atau barang sebagai mengganti kerugian yang dialami

3. Gelap Mata
Lupa diri atau hilang fikiran yang waras kerana terpengaruh dengan wang yang banyak

4. Geli Hati
Perasaan suka bercampur jenaka

5. Genggam Tak Hiris
Kedekut atau lokek

6. Gigi Air
Bahagian tepi air laut atau sungai yang sampai ke tepi pantai atau ebing

7. Gigi Belalang
Gigi kanak-kanak yang jarang

8. Gigi Kapak
Giri yang besar

9. Gila Bayangan
Orang yang ingin sesuatu tetapi tidak mungkin tercapai

10. Gulung Tikar
Mengalami kerugian besar terhadap sesuatu yang diusahakan, bankrap


Tuesday, 11 December 2012

SIMPULAN BAHASA


1. Emak Bidan
Gelaran pada perempuan yang menjalankan tugas perbidanan

2. Emas Kahwin
Mahar yang diberi kepada pengantin perempuan

3. Emas Tempawan
Kata sanjungan untuk wanita

4. Embun Jantan
Embun besar-besar


Monday, 10 December 2012

SIMPULAN BAHASA


1. Dalam Tangan
Sesuatu yang pasti boleh dapat

2. Dagang Melarat
Orang yang hidup melarat tiada tempat kediaman yang tetap

3. Darah Daging
Kaum keluarga sendiri

4. Darah Muda
Semangat, perasaan dan jiwa orang mudah

5. Darah Gemuruh
Perasaan yang tidak tenang

6. Darah Panas atau naik darah
Cepat marah

7. Diam-diam Ubi
Pendiam tetapi mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi

8. Dianaktirikan
Perbuatan yang tidak adil atau disingkirkan

9. Duit Kopi
Wang yang diberi kepada seseorang untuk mendapatkan sesuatu

10. Durian Runtuh
Mendapat keuntungan atau rezeki secara tiba-tiba


Sunday, 9 December 2012

SIMPULAN BAHASA


1. Cabut nyawa
Rasa seperti kehabisan nyawa atau hendak mati

2. Cacing Kepanasan
Gelisah

3. Cahaya Mata
Anak

4. Cahaya hati
Hidayah

5. Cakar Ayam
Tulisan yang tidak dapat dibaca

6. Campur Tangan
Mencampuri dalam urusan orang lain

7.Cangkul Angin
Melakukan kerja yang sia-sia

8. Cari Jalan
Berusaha untuk mencapai sesuatu tujuan

9.Cepat Tangan
Suka mencuri

10. Cuci Tangan
Tidak mahu bertanggungjawab atau terlibat dalam sesuatu perkara atau hal orang lain