Sunday, 18 November 2012

Contoh-contoh Karangan Bahagian B


Kebaikan Menabung Wang

Menabung merupakan satu amalan yang baik. Menabung membolehkan seseorang belajar merancang masa depannya dengan baik.

Amalan menabung ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga.Walaupun menabung mengambil masa yang agak lama untuk menjadi banyak namun ia mendidik seseorang itu bersikap sabar dan sentiasa berusaha.Bak kata pepatah Melayu 'sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.'Pepatah ini amat sesuai digunakan sebagai galakan kepada kanak-kanak untuk menabung.

Amalan menabung ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat.Hal ini berlaku demikian kerana apabila kita menghadapi masalah kewangan atau dalam kesusahan,kita dapat mengeluarkan simpanan kita untuk digunakan.Ibaratnya 'sediakan payung sebelum hujan'.

Justeru,ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak mereka supaya mengamalkan amalan ini.Anggaplah amalan menabung ini satu kepentingan dan perkara yang menguntungkan.

Oleh itu,amalan ini memberi banyak kebaikan kepada seseorang.Kita hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan seharian bagi menjamin masa hadapan yang lebih terjamin
.


Thursday, 15 November 2012

Karangan: Surat Kiriman Rasmi dan Surat Kiriman Tidak Rasmi


Tentu ada pelajar yang keliru atau terlupa atau juga kadang kala keliru untuk menentukan format surat kiriman rasmi dengan surat kiriman tidak rasmi. Berikut merupakan format kedua-dua jenis karangan ini.

1. Kedua-dua jenis karangan ini mengandungi:
a. Nama dan alamat pengirim
b. Nama dan alamat penerima
c. Tarikh
d. Menghadap surat
e. Tandatangan

1. Format Karangan Surat Kiriman Rasmi



2. Format Karangan Tidak Rasmi

FORMAT
HURAIAN
1. Alamat pengirim dan tarikh
Ditulis di sebelah kanan bahagian atas surat. Tarikh tidak perlu ditulis dengan huruf besar.
2. Pendahuluan surat
Ditulis selepas melangkaui satu atau dua baris kosong selepas tarikh. Perenggan ini juga hendaklah ditulis ke dalam sedikit.
3. Kata sapaan
Ditulis di tepi di sebelah kiri surat.
4. Isi
Ditulis ke dalam sedikit selepas kata ganti nama diri penerima. Isi hendaklah ditulis secara berperangan.
5. Penutup
Ditulis ke dalam sedikit, sejajar dengan isi.
6. Pengakuan pengirim
Ditulis di bahagian kanan surat selepas melangkaui dua atau tiga baris kosong. Huruf awal hendaklah ditulis dengan huruf besar dan diletakkan tanda koma (,) selepasnya.
6. Tandatangan
Diletakkan di bawah pengakuan pengirim




Wednesday, 14 November 2012

Marilah berpuisi bersama-sama......

               INGIN KEMBALI TERBANG

                rinduku penuh
                kepada setiap aksara
                sering tertinggal
                dalam gumpalan rasa
                berikan aku sayap kata
                juga tenang angin
                moga setiap rindu lalu
                mampu kutuliskan kembali.

Tuesday, 13 November 2012

PERSEDIAAN DALAM LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN


PERSEDIAAN ASAS
1. Semangat Yang Tinggi
2. Pembacaan Yang Banyak
3. Kefahaman Yang Jelas
4. Ulangkaji Berterusan
5. Keyakinan Diri

Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR, satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. Namun, ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke akhirnya. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa.
Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :-
1. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ?
2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ?
3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?


UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL

Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan nanti. Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian /peperiksaan.
Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya anda gagal di dalam ujian, jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :-
a) Kurang memahami apa yang diajar
b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran.
c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.

KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN
Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :-
a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal.
b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.
c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.
d) Bertawakkal kepada Allah S.W.T.


BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR
  • Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.
  • Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.
  • Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.
  • Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya.
  • Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya.
  • Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.
  • Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak mengulangkajinya.
Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun jika dia mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang betul. Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza, janganlah meniru gaya belajar orang lain yang tidak sesuai dengan kita. Nota ini sebagai panduan sahaja, ubahlah ia agar sesuai dengan teknik dan cara anda sendiri. InsyaAllah kejayaan itu milik semua.

Monday, 12 November 2012

10 Cara Mengatasi Masalah Malas


 Malas belajar, malas buat kerja sekolah, malas buat ulangkaji, bahkan nak solat pun malas. Sifat malas memang penyakit yang sangat kronik dan sukar diubati. Kalau adik-adik ada sifat ini, bermakna adik-adik mempunyai satu masalah yang serius. Tapi jangan risau kerana sifat malas ini boleh diatasi. Cuba lihat tips-tips yang  kongsikan di bawah ini:
  1. Amalkan doa mengelak diri dari malas
  2. Ingat sasaran dan matlamat diri anda
  3. Teknik 10 Minit Aje
  4. Banyak membaca bahan motivasi
  5. Susun dan mudahkan jadual anda
  6. Rehat dan tidur yang cukup
  7. Bersenam dan beriadah
  8. Berkawan dengan orang yang positif
  9. Amalkan teknik pernafasan
  10. Suarakan moto anda