Tuliskan sebuah karangan bertajuk ‘AKU SEEKOR
KUCING.’
AKU SEEKOR KUCING
Aku seekor kucing yang berbulu tebal. Aku berasal dari negara Jepun.
Badanku berwarna kuning kebiru-biruan. Aku adalah sepsis kucing yang disukai
ramai. Kecantikan dan kehebatanku telah terkenal di seluruh dunia.
Aku telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan dari Malaysia. Dia
telah membeliku untuk dihadiahkan kepada anaknya yang menyambut ulang tahun
kelahiran yang ke-12. Tuanku bernama Eryana.
Eryana sangat ,menyayangiku. Setiap kali aku dibelai dan dijaga dengan
rapi. Aku umpama “insan istimewa” buat Eryana. Aku telah dinamakan sebagai
manja. Namaku Manja kerana tuanku sering memanjakanku. Semua ahli keluarga
Eryana sangat mengambil berat akan diriku.
Aku dimandikan setiap pagi. Selepas itu, aku diberi makan Friskies dan
makanan tambahan yang lain. Pada waktu tengah hari, aku akan menunggu
kepulangan tuanku dari sekolah. Aku ditimang seperti anak kecil. Gembiranya
hatiku hanya tuhan sahaja yang tahu.
Pada suatu hari, Eryana membawa aku ke taman untuk bersiar-siar dan
beriadah. Tiba-tiba datang seekor anjing gila menyerangku. Aku terkejut dan
tergamam dengan kejadian itu. Badanku mengalami calar-balar dan luka hampir ke
seluruh badan.
Tuanku mengejarkanku ke klinik haiwan. Aku telah disahkan dijangkiti
penyakit. Keadaan ini menyebabkan aku mula dilupakan. Tuanku menjauhkan diri
daripadaku. Apalah nasibku ini. Sudah jatuh ditimpa tangga.
baik.tapi kena tingkatkan lagi.cuma jangan letak perkataan2 yang tidak disarankan dalam bahasa malaysia.agak bagus .SEMOGA BERJAYA!!!! GOOK LUCK!!!!
ReplyDeletebaik
ReplyDeletesaya bagi 96 peratus.selamat mencuba!!!! TRY THE BEST!!!!
ReplyDelete