Thursday 8 November 2012

Kesalahan Umum Tatabahasa


1. Kata Ganti Diri
1.       Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
2.      Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang.Misalnya:
·         Kucing itu mati. Ia dilanggar lori. (salah)
·         Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
     3.   Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa,guru,menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak.Misalnya:
·         Beliau ditangkap kerana mengedar dadah. (salah)
·         Dia ditangkap kerana mengedar dadah. (betul)
      4.   Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamu-kamu* ,*anda-anda* , *mereka-mereka*, dan sebagainya.Misalnya:
·         Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
·         Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
      5.   Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi *ianya.Misalnya
·         Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
·         jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh. (betul)
      6.   Kata ganti diri seperti beta,baginda dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja sahaja

No comments:

Post a Comment