Tuesday 6 November 2012

Peraturan-peraturan Pertandingan Syarahan


PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN SYARAHAN
(PERINGKAT DAERAH)

1. KELAYAKAN / SYARAT

(a) Semua murid warganegara Malaysia bukan bangsa Melayu di SJK(C) dan SJK(T)
layak mengambil bahagian.

(b) Peserta-peserta yang telah berjaya memenangi Johan dan Naib Johan Peringkat
Kebangsaan pada tahun-tahun lepas tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam
pertandingan ini.

(c) Setiap murid hanya boleh menyertai sejenis pertandingan sahaja.

2. BILANGAN PESERTA

Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar seorang sahaja.

3. TAJUK

(a) Isi syarahan hendaklah mengandungi pandangan yang membina dan mempunyai
nilai-nilai yang berkaitan dengan :-
- Perpaduan dan Muhibah
- Kesopanan dan Kesusilaan
- Integrasi Kaum
- Patrotisma dan Jati Diri
- Kebudayaan Kaum
- Kebudayaan Nasional
- Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni

(b) Tajuk syarahan boleh menggunakan isu-isu semasa tetapi masih menyentuh isu-isu perpaduan.

4. HAD MASA

Setiap peserta diberi masa LIMA minit. Jika peserta menggunakan masa melebihi LIMA minit, markah akan dipotong, iaitu bagi 30 saat yang pertama akan ditolak SATU markah dari markah yang diperolehi, bagi 30 saat yang kedua ditolak SATU markah lagi dan begitu seterusnya.

5. CARA PENGHAKIMAN

(a) Kelancaran dan Kefasihan Bahasa - 30 markah
Sebutan dan Intonasi - 30 markah
Penyampaian - 20 markah
Isi - 20 markah

(b) Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama, kedudukannya akan
berdasarkan kepada markah yang lebih tinggi mengikut susunan perkara-perkara
yang berikut :-
i) Kelancaran dan Kefasihan Berbahasa
ii) Sebutan dan Intonasi
iii) Penyampaian
iv) Isi

6. HAKIM

(a) Para hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat
Daerah..
(b) Keputusan para hakim adalah MUKTAMAD.

7. PAKAIAN PESERTA

(a) Peserta Lelaki :-
Pakaian seragam sekolah ( baju putih berlengan pendik, seluar biru panjang )
dan bertali leher. Peserta-peserta diwajibkan memakai blazer gelap. Pakaian
peserta tidak boleh menunjukkan identiti sekolah.

(b) Peserta Perempuan :-
Pakaian seragam sekolah dan bertali leher. Peserta-peserta diwajibkan
memakai blazer gelap. Pakaian peserta tidak boleh menunjukkan identiti
sekolah.

8. HAL-HAL LAIN

Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan Peringkat Daerah.

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN UJIAN BERTULIS
(PERINGKAT DAERAH)

1. KELAYAKAN / SYARAT

(a) Semua murid warganegara Malaysia bukan bangsa Melayu di SJK(C) dan
SJK(T) layak mengambil bahagian.

(b) Peserta-peserta yang telah berjaya memenangi Johan dan Naib Johan
Peringkat Kebangsaan pada tahun-tahun lepas tidak dibenarkan mengambil
bahagian dalam pertandingan ini.

(c) Setiap murid hanya boleh menyertai sejenis pertandingan sahaja.

2. BILANGAN PESERTA

(a) Setiap sekolah hanya boleh menghantar 3 orang peserta sahaja

3. SOALAN-SOALAN

(a) Soalan-soalan untuk Ujian Bertulis Peringkat Daerah akan disediakan oleh
satu panel yang dilantik oleh Jawatankuasa Pusat.
(b) Semua soalan berdasarkan aspek-aspek bahasa dalam Sukatan Pelajaran
Bahasa Malaysia Sekolah Rendah.

(c) Jumlah soalan adalah 100 bagi Bahagian I dan 20 tambahan di Bahagian
II.

(d) Masa untuk menjawab Bahagian I – 1 jam ( 100 soalan ); Bahagian II – 20
minit ( 20 soalan ).

4. CARA PENGHAKIMAN

(a) Jawapan peserta akan disemak oleh satu panel pemeriksa yang terdiri
daripada guru-guru pengiring..

(b) Satu jawapan yang betul dalam Bahagian I mendapat satu markah. Markah
penuh ialah seratus ( 100 ).

(c) Bagi peserta-peserta yang mendapat markah yang sama, kedudukan mereka
akan berdasarkan markah yang diperolehi dalam Bahagian II bagi menentukan kedudukannya.

(d) Sekiranya peserta mendapat markah yang sama juga di Bahagian II, maka
sistem kira balik di Bahagian I akan dilaksanakan. Peserta yang membuat
kesalahan dahulu dianggap kalah. Contohnya, sekiranya peserta A mendapat
soalan No. 12 salah dan peserta B mendapat soalan No. 15 salah, maka
peserta B akan diisytiharkan sebagai pemenang.

(e) Sistem kira balik akan dilaksanakan di Bahagian II sekiranya pelaksanaan
sistem ini di Bahagian I tidak dapat menentukan pemenang.

(f) Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

5. PAKAIAN PESERTA

Semua peserta memakai pakaian seragam sekolah semasa pertandingan.

6. HAL-HAL LAIN

Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan Peringkat Daerah.

No comments:

Post a Comment