Monday 19 November 2012

Nilai Murni Bahagian C contoh Jawapan


TULIS LIMA NILAI YANG DAPAT KAMU PEROLEH DARIPADA PETIKAN DI BAWAH.PANJANG JAWAPAN KAMU HENDAKLAH TIDAK LEBIH DARIPADA 50 PATAH PERKATAAN.JAWAPAN MESTILAH DALAM SATU PERENGGAN.
Menemui sahabatku, Amira yang berada di Kuala Terengganu agar sentiasa sihat.
Saudari,
Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menceritakan pengalaman saya yang menyertai lawatan sekolah ke Pulau Pinang semasa cuti sekolah yang lalu.
Untuk pengetahuan saudari, saya dan rakan rakan menggunakan masa lawatan dengan sebaik-baiknya kerana banyak tempat yang akan kami lawati. Saya begitu terpegun melihat keindahan pantai Batu Feringgi yang sungguh cantik. Ketika di pantai Batu Feringgi itu, saya meminta kebenaran daripada guru untuk mandi. Namun begitu, guru tidak membenarkan kerana agak berbahaya. Saya dan rakan akur mendengar nasihat guru.
Selepas bersantai di pantai Batu Feringgi, kami menuju ke Bukit Bendera. Kami semua berbaris sebelum masuk ke dalam kereta api untuk naik ke Bukit Bendera. Sampai di puncak Bukit Bendera, kawan kawan saya membeli barang barang kraftangan. Saya hanya membeli barang barang yang saya fikir murah dan menarik sahaja kerana ibu selalu berpesan agar jangan boros ketika berbelanja. Namun begitu, saya tidak lupa membelikan cenderamata untuk saudari. Oleh itu , saya harap saudari sudi menerimanya.
NILAI
HURAIAN
Erat persahabatan/berkongsi pengalaman/ingat mengingati
Menceritakan pengalaman menyertai lawatan sekolah
Menghargai masa
Memanfaatkan masa lawatan dengan sebaik-baiknya
Patriotisme
Menyertai lawatan mengunjungi tempat bersejarah
Bersyukur/menghargai alam semulajadi/mencintai alam
Kagum dengan keindahan alam semulajadi
Menghormati guru/berhemah tinggi
Meminta kebenaran sebelum berbuat sesuatu
Patuh/mematuhi peraturan
Akur atau mendengar nasihat guru
Berdisplin/mematuhi peraturan
Berbaris sebelum masuk
Berjimat cermat/berhemah
Membeli barang barang yang perlu sahaja agar tidak membazir
Patuh/taat/mengingati
Pesanan ibubapa
Baik hati/pemurah
Membeli cenderamata untuk kawan


CADANGAN JAWAPAN BAHAGIAN C ULASAN NILAI MURNI
CONTOH JAWAPAN BAHAGIAN C
Antara nilai yang terdapat dalam petikan ialah menghargai masa dengan memanfaatkan masa lawatan dengan sebaik-baiknya agar masa tidak terbuang. Seterusnya, ialah menghormati guru dengan meminta izin sebelum melakukan sesuatu. Di samping itu, kita mestilah berdisplin seperti beratur sebelum masuk ke sesuatu tempat. Selain itu, kita hendaklah berjimat cermat dengan menggunakan wang untuk membeli barang yang perlu sahaja. Akhir sekali, kita haruslah bersikap baik hati dengan membelikan cenderamata buat kawan.

No comments:

Post a Comment