TIP PENULISAN KARANGAN
(UPSR)
A. Apakah yang Perlu
Dilakukan Sebelum Menulis Karangan?
1. Kamu hendaklah membaca dan memahami soalan
yang diberikan.
2. Pastikan kamu memahami kehendak
soalan, tajuk, dan bentuk karangan yang
hendak ditulis.
hendak ditulis.
3. Kegagalan kamu memahami kehendak
soalan, tajuk, dan bentuk karangan yang hendak ditulis menyebabkan karangan
kamu kekurangan isi dan mungkin akan terkeluar daripada tajuk.
4. Catatkan isi-isi penting yang hendak kamu
tulis berdasarkan tajuk karangan.
5. Susun isi-isi penting tersebut
mengikut keutamaanya; isi yang paling penting ditulis dahulu dikuti dengan isi yang kurang
penting.
B. Apakah yang Perlu
Dilakukan Semasa Menulis Karangan?
Karangan
yang baik mestilah ada tiga bahagian utama:
i. Pendahuluan
ii. Isi
iii. Penutup
i. Pendahuluan
ii. Isi
iii. Penutup
i. Pendahuluan
1. Karangan kamu hendaklah dimulakan dengan pendahuluan dalam satu perengan sahaja.
2. Pendahuluan mestilah berkaitan dengan kehendak soalan dan ada daya penarik.
3. Perenggan pendahuluan adalah mencukupi dengan dua atau tiga baris ayat sahaja.
4. Jangan masukkan isi ke dalam perenggan pendahuluan.

ii.
Isi
1. Bahagian isi adalah bahagian yang terpenting dalam sesuatu karangan
2. Menurut kehendak peperiksaan, karangan kamu haruslah mempunyai empat isi utama.Setiap isi itu hendalah ditulis dalam satu perenggan yang berasingan.
3. Isi-isi penting haruslah diutamakan.
4. Kembangkan isi dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat dan cerita yang menarik.
5. Isi adalah bahagian yang paling penting dalam sesebuah karangan. Oleh sebab itu, isi karangan
kamu mestilah ditulis dengan bahasa yang menarik dan mudah difahami.
6. Isi-isi yang diceritakan haruslah berkaitan dengan soalan.
7. Jangan ceritakan isi-isi secara meleret-leret dan tidak dapat diterima oleh akal.

iii.
Penutup
1. Setiap karangan haruslah mempunyai penutup
2. Penutup yang baik merupakan kesimpulan tentang apa yang telah kamu tuliskan sebelumnya.
3. Penutup juga tidak perlu ditulis dengan panjang lebar. dua atau tiga baris ayat sudah memadai untuk menulis penutup.

C. Apakah yang Perlu
Dilakukan Sesudah Menulis Karangan?
1. Semak
dan baca semula karangan kamu setelah selesai menulisnya.
2. Pastikan tiada isi penting yang tertinggal.
3. Cari kesilapan yang mungkin ada seperti kesalahan tatabahasa, penggunaan perkataan, ejaan dan tanda baca.
4. Betulkan setiap kesilapan tersebut.
5. Baiki tulisan yang buruk dan sukar dibaca

CIRI-CIRI KARANGAN YANG
BAIK
1. Pemahaman terhadap tajuk mestilah
tepat, iaitu segala keterangan dan penjelasan serta contoh yang diberi mestilah
tidak terkeluar daripada tajuk.
2. Setiap karangan mestilah
mempunyai isi yang menepati maksud atau kehendak soalan. Sebuah karangan yang
baik dan menepati kehendak pemeriksa mesti mempunyai empat isi utama.
3. Pendahuluan sesebuah karangan
mestilah sesuai dengan isi dan menepati tajuk serta dapat menarik pembaca untuk
membaca karangan itu sehingga selesai.
4. Isi karangan mestilah
dikembangkan dengan baik. Isi yang mencukupi belum tentu dapat menjadikan
karangan kamu itu menarik sekiranya kamu tidak pada menghuraikan isi-isi tersebut
dengan baik.
5. Untuk bahagian penutup pula, kamu
hendaklah menulis suatu kesimpulan yang kemas tentang karangan yang telah kamu
tuliskan itu.
6. Penggunaan tatabahasa yang betul
dalam karangan dapat mempengaruhi markah karangan kamu. Oleh itu, cara kamu membentuk
ayat-ayat dalam karangan mestilah berpandukan tatabahasa yang betul.
7. Karangan kamu hendaklah
menggambarkan bahawa penulisnya mempunyai fikiran atau pendapat yang matang.
8. Pengolahan karangan hendaklah
menarik sehingga dapat memberi kesan di hati pembaca
CARA-CARA MEMJAWAB SOALAN
KARANGAN
1. Pastikan kamu menerima kertas
soalan yang betul, iaitu kertas Ujian Penulisan Bahasa Malaysia.
2. Baca arahan pada kertas soalan
dengan teliti.
3. Baca kesemua soalan dengan teliti
dan fahamkan kehendak soalan.
4. Bagi soalan
1, pilih soalan yang hendak dijawab
sama ada Soalan 1 (a) atau Soalan 1 (b) manakala Soalan 2 pula merupakan
soalan wajib yang mesti dijawab. Nombor soalan hendaklah
dituliskan di sudut kiri sebelah atas kertas jawapan.
5. Tulis karangan yang dapat kamu
kuasai dengan baik terlebih dahulu. Soalan yang agak sukar dikemudiankan.
6. Pastikan kehendak soalan.
7. Buat rangka dan susun isi secepat
mungkin, seelok-eloknya ketika membaca soalan
kerana masa untuk menjawab satu soalan hanya 30 minit.
kerana masa untuk menjawab satu soalan hanya 30 minit.
8. Setelah siap, semak dan betulkan
kesalahan pada karangan jika masih ada masa untuk berbuat demikian.
9. Pastikan pengawas peperiksaan
mengambil kertas jawapan kamu.
10. Semua kertas jawapan perlu
diikat dengan benang dibekalkan oleh pengawas.
No comments:
Post a Comment